Friday, March 25, 2011

Hati kecil ku sesekali terguris =(

Salam suma... sejak kebelakangan ini hati nie asik terguris je.. x taw lar knp... mungkin sbb terkenangkan kisah lama kot.... ermmm kadang2 kita dah berusaha n menaruh harapan,,, last skali tawakal kan... tapi benda yg kita nak x dpt2 lg... ape kah ini suma dugaan Allah terhadap kita? Sebagai manusia biasa aku pasrah .... redha dgn ketentuan tuhan... anggap Allah nak uji aku..moga2 suaatu hari nanti pasti ada hari yg indah utk aku yg Allah nak tunjuk... =) munkin buat masa ni... hanya kesabaran yg tnggi dpt mengubati  hati kecil ku ini...emmm

 HATI KECIL BERBICARA

Wednesday, December 15, 2010

Percutian

Sabtu yang lepas bersamaan 11.12.2010 aku dan keluarga pergi bercuti di Langkawi.. Singgah semalam di Alor Star , keesokan hari nye pula meneruskan perjalanan ke Padang Besar Perlis... Sampai je sana uhhh mcm-mcm ada jual. Rambang mata tgk .. Barang2 agak murah , berbaloi lar kalau nak borong. hehe..

Habis je membeli-belah kami teruskan perjalanan ke Jeti Kuala Perlis nak naik ferry menyeberangi lautan ke Pulau Langkawi, sampai di jeti dalam pukul 6 . Sampai je situ ada org dah menunggu nak promote kete lar , hotel lar, so decide punya decide booking lar kete ngan hotel . Tiket ferry pukul 7 last dr jeti tu. Naik ferry dlm 45 minit lar jgk nak smpai ke Langkawi . smapai dlam pukul 8 sgh kat sana..Turun je ferri ambik kete yg dah booking td terus ke hotel . Hotel itu nama nye Helang Hotel , Hotel tu terletak betol2 dkt sebelah AirPort Langkawi.. Ok lar jgk hotel tu 4 star, cantik, besar, dan selesa . Berbaloi lar jgk dgn bayaran nye.

Kesokan harinye aku dan keluarga pergi merayau-rayau kat pekan kuah cari ape2 yang patot. Coklat barang2 dapur murah lar kat situ.. Dah selesai membeli kami pun teruskan ke destinasi yang seterusnya ke cabel Car .huhu.. Satu kepal msk Rm15 . Tapi berbaloi lar jgk mmg syok naik kebal car tu.. Smpai kat puncak kabus tebal x nmpk ape 2 dah huhu, sbb masa tu cuaca pun agk mendung terasa mcm kat Genting pulak.Habis je naik Cabel Car kami pun blk lar ke hotel dan mkn mlm .

Hari akhir kami di Langkawi kami singgah lar kat Plaza Langkawi jln2 lagi cr ape2 yg patot..huhu  Selepas itu terus pergi ke  Jeti utk naik ferry pulang ke kuala perlis ambil kereta . Beratur punya lar panjang masa nak cek kat kastam tu.. Rasa nye kastam perlu cari jalan penyelesaian lain utk mslh ini..Kesian tgk makcik dan pakcik yang tak larat tu.

Itulah serba seditkit cerita percutian aku.Saja nak kongsi-kongsi di blog ni.

Hati kecil berbicara ..........

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah..

Semperna MaalHijrah ini , marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar maalhijrah. 
Terjadinya peristiwa perpindahan nabi dan umatnya dari kota mekah ke kota madinah, yang terdiri dari kaum muhajirin dan ansar. Selamilah dan hayatilah pengorbanan mereka ini yang memupuk semangat saling membantu antara satu sama lain walaupun berbeza kaum.

Bersempena dengan tahun baru bg kalendar Islam ini, mari lah kita bersama-sama menghayati dan mendalami peristiwa yang terjadi ini sebagai pedoman atau petunjuk untuk kita berubah . tidak kiralah berubah dari sudut apa pun, yang pastinya biarlah perubahan itu mendatangkan kebaikan kepada kita khususnya dan am nye kepada masyarakat sekeliling kita. Sudah tertutupnye buku lama kita , dan ia pastinya tidak dpt lagi diubah, dan dibukakan buku baru bg kita yang pasti boleh diubah . Harap hari ini, esok dan seterusnya dapat kita memperbaiki diri dan jadi kan pengalaman yang lepas sebagai penanda aras kita untuk berubah..
Salam MaalHijrah ;

hati kecil berbicara..

Friday, December 3, 2010

Harga Minyak Naik Lagi!!!

harga minyak naik lagi 5 sen... dari 1.85 sen dah jadi 1.90 sen..
kerajaan sepatutnye kena ambik kira keperluan masyarakat yang tiap-tiap hari mengunakan minyak
mungkin bg mereka yg berpendapatan tinggi tidak kisah sangat.
tapi pada mereka yang cukup2 makan je. seperti golongan pelajar universiti.yang tidak mempunyai sumber pendapatan yg tetap. hanya bergantung kepada pinjaman semata-mata. mungkin akan menambah bebanan mereka ini dengan kenaikan harga makanan lagi.

Harap hati kecil berbicara dapat didengari

kelebihan hari jumaat

1. Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

 3. Penghulu segala hari.
 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.
 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

"sedikit bahan untuk di kongsikan semoga sama2 kita dapat manfaat=)"